ServisGo.my
  • Kembali ke Utama

Polisi Pemulangan

Urusan Bayaran Balik & Pembatalan Kerja

Kami mementingkan kepuasan hati setiap rakan peniaga yang berurusan dengan kami. Berikut adalah syarat untuk bayaran balik:

1. Bayaran Balik Servis Digital

Oleh kerana servis digital melibatkan masa dan tenaga kerja yang telah dikeluarkan, bayaran balik (refund) hanya boleh dipertimbangkan jika:

  • Kerja belum dimulakan oleh pasukan kami langsung.
  • Pembatalan dibuat dalam masa 24 jam selepas bayaran deposit dibuat.

Jika kerja sudah berjalan atau draf sudah diberikan, bayaran balik tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, kami sedia membantu membuat pindaan sehingga anda berpuas hati (ikut had pindaan yang dipersetujui).

2. Bayaran Balik Produk Fizikal

Bayaran balik untuk barangan fizikal hanya diterima jika barang yang sampai kepada anda rosak atau salah (bukan tersilap order).

Sila maklumkan kepada kami dalam masa 48 jam selepas barang diterima berserta gambar/video sebagai bukti.

3. Cara Memohon Refund

Sila hantarkan emel kepada team@servisgo.my dengan tajuk "Permohonan Refund - [Nama Anda]". Kami akan memproses permohonan tersebut dalam masa 7-14 hari bekerja.

[ ServisGo Digital Enterprise : 202601001234 ]

© 2026 ServisGo.my