Kami sediakan pelbagai perkhidmatan digital untuk peniaga kecil. Hatta anda seorang peniaga pisang goreng di tepi jalan, kami sedia membantu mudahkan urusan perniagaan anda.
Hubungi Kami SekarangTiada ayat teknikal yang memeningkan. Kami sediakan sistem yang ringkas dan terus boleh anda guna untuk berniaga.
Paparan yang cantik, laju dan mudah dibaca oleh pelanggan anda hanya melalui skrin telefon mereka.
Jangan takut kalau tak pandai IT. Pasukan kami sedia berbincang dan tunjuk ajar sampai anda betul-betul faham.
Kami bukanlah agensi korporat besar yang mengenakan caj ribuan ringgit. Kami faham betul susahnya meniaga di bawah panas terik atau membalas mesej pelanggan bertalu-talu sampai lewat malam.
Sesuai dengan bajet peniaga kecil yang baru nak naik, tanpa kompromi pada kualiti.
Kami terangkan segala proses dalam bahasa orang biasa. Tak perlu segan untuk bertanya.
Anggap kami seperti kawan yang menolong anda susun kedai supaya pelanggan senang beli.
Biarkan sistem buat kerja renyah. Anda cuma perlu fokus pada masak, bungkus, dan berniaga. Pelanggan pun suka sebab senang nak order barang dari anda.
Lihat Apa Kami Boleh Buat
Kami faham, kadang-kadang anda cuma perlukan bantuan kecil. Anda boleh serahkan semuanya pada kami dari A ke Z, atau cuma upah kami buat kerja-kerja satu persatu (one-off) mengikut bajet semasa anda.
Kami boleh siapkan kedai maya terus boleh pakai, atau sekadar membaiki masalah kecil (error) pada website sedia ada anda.
Nak sistem order yang lengkap? Boleh. Nak kami sekadar buatkan borang order WhatsApp yang mudah pun boleh.
Kami karangkan ayat jualan penuh untuk website, atau satu posting iklan pendek untuk Facebook/TikTok anda sahaja.
Tak perlu bazir masa berjam-jam depan Canva. Biar kami siapkan poster iklan yang mengikut identiti produk anda. Siap terus guna untuk Ads dan Social Media!
"Saya hanya pandai pasal takaful. Pasal IT dan teknikal, saya upah je. Berbaloi. Salah satu servis yang saya ambil: Landing Page Takaful."
"Kami minta ServisGo.my buatkan FB Page untuk bisnes kami, buatkan content dan iklan. Memang kemas hasil kerjanya."
"Dulu lenguh tangan balas WhatsApp tanya harga. Sekarang pelanggan masuk tengok sendiri dan order terus dari sistem. Masa saya banyak jimat!"
"Senang berurusan dengan pihak ServisGo.my. Saya minta buatkan poster dan ayat iklan, dan minta iklankan terus. Tak perlu saya buat sendiri semua tu sebab sibuk."
Tak kira nak buat sistem besar atau upah kerja ala-carte, ceritakan sikit apa yang anda perlukan. Kami sedia berbincang ikut kesesuaian poket anda.